Merupakan pembekal barangan am berdaftar ssm dan pembekal tone excel prepaid

Wednesday, May 14, 2014

SATU CERITA YANG BERMAKNA

Ni Aku nak story sikit kat hangpa yang baca blog aku ni....
Hari ni aku ke Subang Parade..biasala lunch pekena fish n chip Manhattan sedap ooo lama tak makan...lebih lebih lagi bila orang belanja....Tq Bani...

Cerita punya cerita member aku ni dia buat akaun...senang nak cakap Akauntanla..
Dia cakap nak buat part time berniaga, sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Dia cerita kat aku yang dia buat akaun untuk seorang member ni..dulu kerjanya sebagai pesuruhjaya sumpah tapi setelah lesen tamat tempoh terus tak renew dan kerjanya sekarang hanya menjadi seorang penjaja air di tepi jalan. Katanya sehari untung bersih dapat RM100.00 hanya sebagai penjual air di tepi jalan..Bayangkan!!!
kalau 20hari dah RM2000.00..
Ni baru story pasal penjual air jer...cerita yang ni lagi best...
Katanya kawan dia dapat income sebulan RM20k paling kurang. Dia cuma buat website sebagai agen mencari Jodoh dan dikenakan Caj sebanyak RM70 setahun sahaja..Pelanggan yang diperolehi semuanya daripada web, dan kuantiti pelanggan yang dia dapat paling kurang pun 10orang. RM70x10 orang sehari x 20hari..sebagai contoh...Hahh kiralah sendiri...tak kuasa aku nak kira kekayaan dia...tu cerita dia la...
Terus aku pun dapat ILHAM...mmm kalau kalau macamnila aku dah kena start berfikir apa yang orang-orang Malaysia perlukan...wah berkobar2 Omak ni....Korang plak camner...Bila lagi nak membasuh minda dan mencari peluang2 yang ada...

Okla...Bye..Wassalam..


No comments:

Post a Comment