Merupakan pembekal barangan am berdaftar ssm dan pembekal tone excel prepaid

Tuesday, September 1, 2015

MOTIVASI PENGISIAN ROHANI

01/09/15 Kucoretkan semua ini untuk perkongsian rohani untuk semua..kali ketiga Ust Shafei datang ke office untuk memberi tazkirah kepada staff.

Kesihatan adalah sesuatu yang bernilai. Semua ini dikurniakan oleh Allah..Motivation yang kita terima adalah dari Allah. Kena pupuk dalam diri YA ALLAH AKU BERAZAM AKAN GUNA KESIHATAN INI UNTUK TAAT KEPADA ALLAH.

Semasa membacakan Surah Al-Fatihah 'I'YA KA'NAK BUDU niatkan dalam hati saya berazam dan berilah hidayat kepada saya untuk buat dengan cara yang betul. setiap perkara adalah berdasarkan 'skrip'..
SKRIP yang saya maksudkan adalah sebutan atau perkataan yang kita ucapkan setiap hari. Kadang-kadang waktu kita bekerja kita menyambil contohnya waktu makan jam 1..tetapi kita teringat apa yang kita makan waktu pagi..jadi kita telah membazirkan waktu kita dengan mengingat perkara2 yang sudah lepas.
Sekiranya kita seorang yang bijak kita pasti tidak akan teringat perkara2 yang sebelum atau selepas. Ini kerana pengurusan masa yang bijak boleh menjadikan harta dan boleh dijadikan amal yang soleh
Bila pengurusan masa dilakukan dengan jujur maka apa yang kita kerjakan mendapat balasan di akhirat kelak. Dengan Bekerja gaji pun dapat pahala pun sama dapat barulah kita memperolehi duit yang cukup..

Konsep pahala adalah senang...sebagai contoh..mahukah kita bekerja selama 10tahun tanpa mendapat apa2 gaji atau ganjaran??memang takla...lama betul nak dapat ganjaran tersebut...sapa yang nak betul tak?? Begitu juga konsep pahala..kebaikan kita buat tapi ganjaran yang kita perolehi bila kita dah tiada nanti...
Allah maha Adil dan penyanyang..kebaikan yg kita buat dibalas terus...Sekiranya kita buat baik baik yang kita dapat
sekiranya jahat yang kita buat jahat la juga yg kita dapat....oleh itu bagi kita yang menjadi ibu dan bapa amat penting menjaga tingkah laku/adap/dan dekatkan diri dengan Allah..kejahatan yang kita buat bukan kita yang perlu menanggung tapi anak2 juga mendapat kesannya...Walluhualam... Surah Al-Isra' Ayat 7


No comments:

Post a Comment