Merupakan pembekal barangan am berdaftar ssm dan pembekal tone excel prepaid

Saturday, November 16, 2019

Doorgiftpopcorn



Kami juga menyediakan doorgift dengan pakej yang menarik. Apa yang penting harganya yang murah dan berbaloi-baloi. Sangat manis apabila digunakan untuk sambutan harijadi atau Aqiqah. Bagi yang berminat, bolwh wasap www.wasap.my/60143402624/popcorn. 

Friday, October 14, 2016

MUNAFIE

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG BUNCIT!!

MANA NAK SOROK PERUT NI? ASYIK PAKAI BAJU COLOUR GELAP JE NAK NAMPAK KURUS :(

Haa.. Jangan risau.. Dapatkan Japan Munafie Slimming Panty ni dengan mudah boleh sorok kan perut yang geleber dan lemak-lemak berlebihan tu. Panties ni dapat berikan effect slim bagi perut boroi tu.

Panty Ajaib! Pakai terus tersorok perut dan segala lemak selulit tu.

90% customer yang sudah mencuba PASTI REPEAT ORDER!

#Buncit dan Boroi Hilang dalam sesaat
#Perut Buncit langsung jadi rata
#Tak perlu risau sakit perut sebab ketat
#Tak bergulung bila duduk
#Tak berpeluh walau seharian pakai
#Sangat selesa
#Membentuk lekuk tubuh yang indah dan untuk hidup leih baik dan bersemangat

KEISTIMEWAAN
- Melangsingkan pinggang
- Mengecilkan perut
- Membakar lemak yang berlebihan
- Menaikkan dan mengencangkan punggung
- Selesa untuk miss v anda.

COLOUR:
❤ BLACK
❤ GREY
❤ NUDE LIGHT
❤ NUDE DARK

FREESIZE 😍

BERMINAT boleh PM ATAU Whatsapp 0143402624

MAGIC BOOK

MAGIC BOOK INI SGT BAGUS UNTUK MERANGSANG IQ ANAK ANDA!!

Fateh, 2 tahun suka sangat mewarna guna Buku Mewarna Magik....
Fateh, ini "Car"...Kereta...
Cantiknya Fateh kaler...
Mestilah...( jawab fateh )
.
Bukan setakat Fateh je yang syok mengaler guna Buku Mewarna Magik Transport , abangnya Mujahid yang umur 7 tahun pun syok mengaler guna Buku Mewarna Magik Animal ni tau. Buku ini boleh melatih kordinasi tangan dan mata anak2. Sesuai jugak untuk dijadikan umpan untuk anak2 diam semasa di majlis2 umum.
-----KELEBIHAN BUKU MEWARNA MAGIK----
.
Apa yang best buku ni?
❤ Hanya menggunakan air
❤ Boleh warna lagi lepas ia kering..boleh warna berkali-kali
❤ Selamat untuk anak
❤ Melatih koordinasi tangan dan mata
❤ Belajar dengan seronok
❤ Eksplorasi bakat seni anak
❤ Tak perlu risau baju kotor
❤ Magic untuk anak anda
❤ tahan lama, boleh guna berkali kali
.
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK SI CILIK ANDA !!
.
HARGA RM35 sahaja
2pcs RM33/pcs

BERMINAT PM/WHATSAP “ MAGIC BOOK COLOR" kepada Pn Zamila 0143402624




HARI INI BUKAN UNTUK SEMALAM LAGI

Assalamualaikum,

Ya syukur kehadrat Allah walau setahun berlalu hati ini masih diberi kekuatan untuk menongkah blog ini..Ya syukur..dikala ini kegembiraan mengelilingi aku dengan gelak tawa,kecoh2 anak2 malah senyuman kepuasan seorang suami apabila kehidupan yang kuharapkan menyinari semula umpama matahari yang tegak di atas kepala...hangat dengan kasih sayang, hangat dengan jiwa yang terbuka..
Ye hahhhh...dah 8bulan 14hari aku RESIGN ya RESIGN...YEHAHH DAH RESIGN NAK HABAG HANGPA...baru harini ada kekuatan jiwa nak mencoret..PUAS HATI AKU PUAS PUAS...bila dapat lihat anak2 mbesar di depan mata..dapat masak dan bekalkan untuk mereka tiap2 hari tanpa jemu dapat membelai mereka dengan penuh kasih sayang dapat melihat kekemasan pakaian suami rumahtangga dan anak2...Ya Aku Puas..Puas..melihat segala keletah anak walau penat walau kerja tak habis2 tapi aku puas..YA Allah syukur...Engkau menjadikan keperitan semalam untuk membuatku senyum pada hari ini...walau tak seberapa sekurangnya aku menghargai detik2 bersama Familyku sendiri.....

Anak2 dan suami penguat semangat...

Friday, October 30, 2015

Berniaga Online

Syukur Kehadrat Allah,

Aku akhirnya menemui bisnes online yang kurasakan amat sesuai dengan jiwaku...
Education Toys,

Akanku cuba mendapatkan hasil InsyaAllah.


Ahhh Kesian Si Tembam....

Assalam Semua,,

Sedih rasanya....dah 7bulan usianya seperti biasa setiap hari waktu lunch aku akan pergi menyusukan Ahmad. Tetapi hari ni tersangat sibuk, dan memberitahu penjaganya bahawa mungkin tak sempat datang.
Akan tetapi masa menyebelahi..tepat jam 1 dah terpacak di depan rumah melihat anakku...ooootidur rupanya...letih kot..dalam hati berbisik...
Usai kedengaran kanak-kanak lain yang bising bermain sesama sendiri...
Ahhhh...kesian anakku...namun syukur tak seperti baby yang lain terus ditinggalkan dari pagi hingga petang.
Sekurangnya aku masih dpt menjenguknya...

Alangkah terkejutnya aku....baju yang dipakai olehnya adalah baju yang kuhantar pada pagi tadi....Oh anakku rupanya kau tak mandi dari pagi tadi...Dah separuh hari nak....Sedihnya..
Bila ku tanya penjaganya menjawab...WANGI JE...tak busuk pun.....alasannya...
dan menambah lagi kesedapan alasan INGATKAN DAH MANDI.....wah agak2 la baby kot....

Jauh Mama travel dari Sg Buloh ke Subang Jaya...Dari subuh nak dimandikan dengan kegalutan abang2 dan kakak yang nak kesekolah...agak2 la...

Bukan tak biasa nak mandikan...pernah kucuba sebulan..akhirnya SEMPUT...masa tuh usianya 5bulan...Konon nak biasakan mandi pagi..Boleh baby mandi pagi tapi kalau duduk dirumah sahaja tak apa angin luar pun tak kena...Ini pagi2 lagi dah kena sejuk highway...OH Sabarlah Duhai Hati..

Itulah kesibukan menjadikan kita terpaksa menempuh juga kepahitan yang sepatutnya menjadi kemanisan dalam hidup...apa nak buat.

Kasihan Anakku...
Coretan MAMA buatmu...
#dah besar bacatau#ingat mama

Tuesday, September 1, 2015

MOTIVASI PENGISIAN ROHANI

01/09/15 Kucoretkan semua ini untuk perkongsian rohani untuk semua..kali ketiga Ust Shafei datang ke office untuk memberi tazkirah kepada staff.

Kesihatan adalah sesuatu yang bernilai. Semua ini dikurniakan oleh Allah..Motivation yang kita terima adalah dari Allah. Kena pupuk dalam diri YA ALLAH AKU BERAZAM AKAN GUNA KESIHATAN INI UNTUK TAAT KEPADA ALLAH.

Semasa membacakan Surah Al-Fatihah 'I'YA KA'NAK BUDU niatkan dalam hati saya berazam dan berilah hidayat kepada saya untuk buat dengan cara yang betul. setiap perkara adalah berdasarkan 'skrip'..
SKRIP yang saya maksudkan adalah sebutan atau perkataan yang kita ucapkan setiap hari. Kadang-kadang waktu kita bekerja kita menyambil contohnya waktu makan jam 1..tetapi kita teringat apa yang kita makan waktu pagi..jadi kita telah membazirkan waktu kita dengan mengingat perkara2 yang sudah lepas.
Sekiranya kita seorang yang bijak kita pasti tidak akan teringat perkara2 yang sebelum atau selepas. Ini kerana pengurusan masa yang bijak boleh menjadikan harta dan boleh dijadikan amal yang soleh
Bila pengurusan masa dilakukan dengan jujur maka apa yang kita kerjakan mendapat balasan di akhirat kelak. Dengan Bekerja gaji pun dapat pahala pun sama dapat barulah kita memperolehi duit yang cukup..

Konsep pahala adalah senang...sebagai contoh..mahukah kita bekerja selama 10tahun tanpa mendapat apa2 gaji atau ganjaran??memang takla...lama betul nak dapat ganjaran tersebut...sapa yang nak betul tak?? Begitu juga konsep pahala..kebaikan kita buat tapi ganjaran yang kita perolehi bila kita dah tiada nanti...
Allah maha Adil dan penyanyang..kebaikan yg kita buat dibalas terus...Sekiranya kita buat baik baik yang kita dapat
sekiranya jahat yang kita buat jahat la juga yg kita dapat....oleh itu bagi kita yang menjadi ibu dan bapa amat penting menjaga tingkah laku/adap/dan dekatkan diri dengan Allah..kejahatan yang kita buat bukan kita yang perlu menanggung tapi anak2 juga mendapat kesannya...Walluhualam... Surah Al-Isra' Ayat 7


Friday, August 28, 2015

CEMBURU


Entah kenapala dengan Si Nurul Ain nih...langsung aku ni tak boleh dekat dengan Abah dia..Even dok kat sebelah pun tak boleh...bukan marah tapi dia cemburu.

Mungkin sejak melahirkan Ahmad tumpuan aku sepenuhnya telah berubah??
mmmm dulu memang selalu manjakan Ain sekarang dia nak bermanja dengan aku pun payah sebab baby asik nak netek je...

Takpela Ain dah besar nanti harap kakak Ain paham...mama sayang Ain banyak-banyak
Sengaja ku coretkan cerita ini agar suatu masa nanti Ain tahu kasih mama tak pernah berubah.
Mama tak rebut Abah ye sayang.......


#Moga Suatu hari nanti Ain Faham...
Mama Sangat Sayang pada anak girlgirl mama sorang ni.

Tuesday, August 25, 2015

AHMADKU

Entah kali ke- berapa aku pergi menyusukan babyku Ahmad Hafiz. Waktu rehat je aku ke rumah pengasuh susukan dia..maklumla kalau boleh memang nekad nak dia menyusu sehingga 2 tahun.
Perit gak untuk memastikan keperluan susu untuk dia tu cukup. Kalaula dok di rumah alangkah gumbiranya dapat membelai-belai sambil menyusukan baby..tapi ni pun dah syukur sangat2, sekurang-kurangnya masih susu badan dan masih dekat untuk aku menatap mukanya.

Tuesday, July 8, 2014

VIVIX AWET MUDA

Keistimewaan Vivix Shaklee atau Sirap Shaklee



Vivix merupakan satu penemuan revolusionari dalam anti penuaan pada tahap sellular oleh Shaklee.

Peruntukkan sebanyak USD300Juta telah dilaburkan untuk mengkaji bagi ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Telah terbukti bahawa Shaklee merupakan produk semulajadi yang selamat, berkesan dan hampir 100 tahun sejak Dr. Forest C. Shaklee memperkenalkan Viteralized Mineral pada tahun 1915 yang pertama di dunia. Dan dari situlah vitamin diperkenalkan. Ia kini lebih dikenali sebagai Vita Lea Iron Formula dan pengambilannya diamalkan oleh semua manusia termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Shaklee merupakan produk pilihan utama atlet-atlet bertaraf antarabangsa seperti Tiger Wood, Gary Hall Jr dll.

Maka tidak hairanlah Vivix mendapat sambutan penjualan melebihi 1 juta dalam tahun pertama dilancarkan pada tahun 2008.

Penyelidikkan oleh makmal Shaklee terhadap Vivix telah memberi impak kepada 4 mekanisme penting penuaan pada tahap sellular iaitu:

1) Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
2) Memberi kesan yang positif kepada pengawalan genetic
3) Melambatkan gen-gen penuaan 

Maka dengan ini Vivix sangat membantu dalam:

* Kesihatan Jantung
* Kesihatan Otak 
* Kesihatan Sistem Imun 
* Kesihatan anti oksida
* Peningkatan tenaga dalaman.


Sekiranya berminat sila PM Pn.Ila 012-3695224


Monday, May 19, 2014

ZAKAT

Arini ada seminar e-spg zakat...ala nak potongan gaji secara online. Banyak jugak ilmu yang aku dapat. terutama pasal asnaf ( penerima zakat )

Wednesday, May 14, 2014

Peluang Perniagaan Dari Rumah

Salam,

Saje nak share dengan korang semua.. Benda ni datang spontan jer...
Dalam kesibukkan kerja sempat gak tercetus idea..,
InsyaAllah aku akan listkan senarai kerja-kerja yang boleh dilakukan dirumah, cara, budget, dan kelengkapan yang serba ringkas untuk jalankan perniagaan.

PEKERJAAN DARI RUMAH-HOME BIZNESS

SATU CERITA YANG BERMAKNA

Ni Aku nak story sikit kat hangpa yang baca blog aku ni....
Hari ni aku ke Subang Parade..biasala lunch pekena fish n chip Manhattan sedap ooo lama tak makan...lebih lebih lagi bila orang belanja....Tq Bani...

Cerita punya cerita member aku ni dia buat akaun...senang nak cakap Akauntanla..
Dia cakap nak buat part time berniaga, sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Dia cerita kat aku yang dia buat akaun untuk seorang member ni..dulu kerjanya sebagai pesuruhjaya sumpah tapi setelah lesen tamat tempoh terus tak renew dan kerjanya sekarang hanya menjadi seorang penjaja air di tepi jalan. Katanya sehari untung bersih dapat RM100.00 hanya sebagai penjual air di tepi jalan..Bayangkan!!!
kalau 20hari dah RM2000.00..
Ni baru story pasal penjual air jer...cerita yang ni lagi best...
Katanya kawan dia dapat income sebulan RM20k paling kurang. Dia cuma buat website sebagai agen mencari Jodoh dan dikenakan Caj sebanyak RM70 setahun sahaja..Pelanggan yang diperolehi semuanya daripada web, dan kuantiti pelanggan yang dia dapat paling kurang pun 10orang. RM70x10 orang sehari x 20hari..sebagai contoh...Hahh kiralah sendiri...tak kuasa aku nak kira kekayaan dia...tu cerita dia la...
Terus aku pun dapat ILHAM...mmm kalau kalau macamnila aku dah kena start berfikir apa yang orang-orang Malaysia perlukan...wah berkobar2 Omak ni....Korang plak camner...Bila lagi nak membasuh minda dan mencari peluang2 yang ada...

Okla...Bye..Wassalam..


CUP CAKE DECORATION

Salam,

Hari Sabtu Aku attend class cupcake and Deco..Memang best giler..
Ni lah hasilnya...



Thursday, February 27, 2014

BERMULALAH HARIKU.....BIZ BIZ BIZ

Aku nak meluahkan pada En. Hubby malu la plak...Tapi sesungguhnya Allah menjadikan setiap pasangan itu sepadan dan sesuai mcm aku ngan En. Hubby..perasaan.
Aku memang seorang yang sangat betuah mempunyai suami yang berperwatakkan seperti lagaknya seorang BAPA. mmmm mana taknya anak2 dilayan dengan sempurna. Tak seperti aku macam harimau...Aaauummmm..Pg2 lagi asik dok pot pet pot pet...mengerjakan anak n bapa..ops..suruh mandila..
Suami aku ni memang seorang yang sangat caring apatah lagi dengan anak2. Dialah yang menghantar anak kesekolah malah segala urusan persekolahan anak semua terserah padanya..AKU...mmmm biasakla jauhkan..maklumla dari Sg. Buloh Ke Subang Jaya kot..nak menempuh kesesakkan lalu lintas. MRT la, buat jalan la..mmmm ah payah.

Aku cerita pasal En. Hubby ni bukan apa sebab dalam dilema..Aku dah berbelas Tahun kerja..KUKUH,BEST dan benefit tak yah cerita, ok la juga. Jadi bila tiba masa kehidupan anak-anak yang memerlukan kasih dan sayang seorang ibu apatah lagi aku yang sentiasa sibuk membuatkan fikiran aku sentiasa berawangan sahaja...sebab memikirkan anak-anak. Dalam hati dah tiba masanya buat keputusan menjadi suri rumah...Tapi mampukan aku??? dah biasa kot pegang duit 4angka tiap-tiap bulan??? korang rasa macamana???AHhh Sadisnya hatiku ini...camne tuh....

Dipendekkan cerita, aku pun meluahkan isi hati pada En. Hubbyku...dengan esak tangis yang tak tahan tuh..poyo plak.

En. Hubby menasihatkan aku macam ni: Apa tujuan hendak berhenti???adakah kerana anak atau kerana kerjaya sekarang yang semakin berat?? Wow what a question!!..dengan tegas. So aku terangkan..apa2 pun semua kerana anak.itu tujuan yang pertama, yang keduanya bila dah makin besar aku nak melangut jer ker dok rumah tunggu diorang balik n yang best membesarkan apa yang patut..So En.Hubby advicekan aku attend any course untuk menambahkan ilmu....YEYYYY akhirnya aku dapat persetujuan EN.Hubby untuk resign dengan syarat semua ilmu dah diserap n diperaktikkan dari rumah dulu. Dalam tahun ni gak akan aku kejar semua kelas yang ada...apa yang aku nak buat adalah BIZ dari rumah...Hope sangat doa korang yer..







FRIDAY'S BLUES

Seperti Biasa bila tiba hari Jumaat segala setan pun datang...Ahhh malasla nak buat kerja..Kalau boleh nak makan gaji buta boleh tak BOS....dengan gaya susun 10jari ....

Esok Sabtu aku nak buat CUP Cake..nanti post kat sini ya.

Wednesday, February 5, 2014

CERITAKU ILHAMKU

Penat aku create story panjang berjela...gatal sangat tangan pi close...pastu tak save plak...hancur sume cerita ILHAMku....sat gi aku cerita yer nak sambung buat keje jap

oK nak start sambung ceritaku....
Semalam aku n member pergi makan-makan kat Subang Parade...Apalagi pekena Fish n Chip Manhattan la...Dia pun bukala satu story..Member aku ni buat akaun..Dia buatkan akaun untuk sorang brother tuh...dulu kerjanya Pesuruhjaya Sumpah...tapi sekarang kerjanya sebagai penjaja air di tepi jalan je...sebab dah tak renew lesen katanya...Bayangkan untung bersih yang dia perolehi sehari sebanyak RM100..ha korang darapkan dengan 20hari bekerja..jual air je pun...
Ni lagi satu story yang dia bagitau...Dia buat akaun untuk sorang member ni..Incomenye sebanyak RM20K sebulan...mmm banyakkan???korang nak tau apa kerjanya?
Senang jer ...dia buka satu website yang berjudul Mencari JODOH...caj yang dikenakan hanya RM70 setahun kalau menjadi ahli. Korang bayangkan sehari paling kurang 10 orang menjadi ahli..10x70x30
agak2 berapa kalau lebih dari 10 orang sehari...malas aku nak kira da kekayaan orang...Apa yang dia nasihatkan adalah mencari sumebr yang diperlukan oleh rakyat Malaysia...Maknanya apa yang diperlukan dan apa yang rakyat Malaysia suka...Surveyla sendiri.....So aku pun mulalah mencari ILHAM...ILHAM dan ILHAM..

Ok bye

AIN OH AIN

Salam...Lama x bergebang...huhuhu...

Ni lagi kes anak tak mahu ke sekolah...Arini entah kali yang keberapa ntah aku memujuk Ain anak manjaku kesekolah...
Dah sebulan kot Ain nape tak nak kesekolah...Berpeluh mak pagi2 buta memujuk dan memujuk Ain supaya kesekolah..

Tadika Rabbani Damansara Damai..itu yang jadi pilihan pertama aku dan Ain...Aku dan Ain sangat rapat sehinggakan makan,minum,mandi,bermain atau apa sahaja mesti berdua, melainkan kalau aku pergi kerja...
Tapi start Tahun ni bila Ain berumur 5tahun perwatakkannya berubah..Berubah menjadi seorang yang degil,perengus,pemarah dan sangat-sangat berbeza sangat dengan dirinya yang peramah,ceria, bersopan dan suka bergurau senda..Aduhai anakku...tolonglah berubah...MAMA rindu gelak ketawa dan gurau sendamu..Ain menjadi seorang yang pendiam dan menyendiri.....

Nanti aku ceritakan bagaimana dan



saat Ain menjadi begitu...biasakkla kan..
bila menjadi seorang ibu ni mmmm pasti kita menjadi inspector gadjet penyiasat....menyiasat tingkah laku anak-anak...


Friday, December 6, 2013

DUKU OH DUKU

Ni paling best masa peti buah duku...oh sedap dan lazat sekali...dengan aksi anak-anak yang try nak panjat2 pokok...huh kalau aku dulu dari belum sekolah lagi dah memang terrer panjat pokok..kesian kat depa.

Sunday, July 28, 2013

RESEPI AYAM BAKAR SERAI

AYAM BAKAR BERSERAI                                                                                                                                                            













CARA-CARANYA;

1ekor ayam dipotong 12/16/18 atau ikut suka korangla..

Bahan   kisar 
5 Batang Serai
1 kotak Santan (pakai kotak jer )
5 tangkai Cili kering
Serbuk kunyit
Air ASam Jawa atau asam keping pun boleh
Secubit Garam
secubit Gula

Rebus ayam dalam masa 2-3minit sahaja menggunakan air yang menggelegak. Air tu sikit jer tau
So sekarang dah dapat la air rebusan ayam..dipanggil stok ayam.
Ayam toskan kasi dia relax skit.

Tumis bahan yang dikisar tadi tuh sampai naik minyak dan masukkan stok ayam. Bila dah naik bau dia kacau2 sampai pekat dan keringkan dan tutup api...

Siapkan pemanggang macamni..............

Ha masukkan semua adunan yang dimasuk tadi. peram la kejam dalam 1/2jam ker pastu leh trus panggang
Senang kan...
Juadah berbuka puasa yang senang dan ringkas.