Merupakan pembekal barangan am berdaftar ssm dan pembekal tone excel prepaid

Tuesday, August 25, 2015

AHMADKU

Entah kali ke- berapa aku pergi menyusukan babyku Ahmad Hafiz. Waktu rehat je aku ke rumah pengasuh susukan dia..maklumla kalau boleh memang nekad nak dia menyusu sehingga 2 tahun.
Perit gak untuk memastikan keperluan susu untuk dia tu cukup. Kalaula dok di rumah alangkah gumbiranya dapat membelai-belai sambil menyusukan baby..tapi ni pun dah syukur sangat2, sekurang-kurangnya masih susu badan dan masih dekat untuk aku menatap mukanya.

Tuesday, July 8, 2014

VIVIX AWET MUDA

Keistimewaan Vivix Shaklee atau Sirap Shaklee



Vivix merupakan satu penemuan revolusionari dalam anti penuaan pada tahap sellular oleh Shaklee.

Peruntukkan sebanyak USD300Juta telah dilaburkan untuk mengkaji bagi ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Telah terbukti bahawa Shaklee merupakan produk semulajadi yang selamat, berkesan dan hampir 100 tahun sejak Dr. Forest C. Shaklee memperkenalkan Viteralized Mineral pada tahun 1915 yang pertama di dunia. Dan dari situlah vitamin diperkenalkan. Ia kini lebih dikenali sebagai Vita Lea Iron Formula dan pengambilannya diamalkan oleh semua manusia termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Shaklee merupakan produk pilihan utama atlet-atlet bertaraf antarabangsa seperti Tiger Wood, Gary Hall Jr dll.

Maka tidak hairanlah Vivix mendapat sambutan penjualan melebihi 1 juta dalam tahun pertama dilancarkan pada tahun 2008.

Penyelidikkan oleh makmal Shaklee terhadap Vivix telah memberi impak kepada 4 mekanisme penting penuaan pada tahap sellular iaitu:

1) Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
2) Memberi kesan yang positif kepada pengawalan genetic
3) Melambatkan gen-gen penuaan 

Maka dengan ini Vivix sangat membantu dalam:

* Kesihatan Jantung
* Kesihatan Otak 
* Kesihatan Sistem Imun 
* Kesihatan anti oksida
* Peningkatan tenaga dalaman.


Sekiranya berminat sila PM Pn.Ila 012-3695224


Monday, May 19, 2014

ZAKAT

Arini ada seminar e-spg zakat...ala nak potongan gaji secara online. Banyak jugak ilmu yang aku dapat. terutama pasal asnaf ( penerima zakat )

Wednesday, May 14, 2014

Peluang Perniagaan Dari Rumah

Salam,

Saje nak share dengan korang semua.. Benda ni datang spontan jer...
Dalam kesibukkan kerja sempat gak tercetus idea..,
InsyaAllah aku akan listkan senarai kerja-kerja yang boleh dilakukan dirumah, cara, budget, dan kelengkapan yang serba ringkas untuk jalankan perniagaan.

PEKERJAAN DARI RUMAH-HOME BIZNESS

SATU CERITA YANG BERMAKNA

Ni Aku nak story sikit kat hangpa yang baca blog aku ni....
Hari ni aku ke Subang Parade..biasala lunch pekena fish n chip Manhattan sedap ooo lama tak makan...lebih lebih lagi bila orang belanja....Tq Bani...

Cerita punya cerita member aku ni dia buat akaun...senang nak cakap Akauntanla..
Dia cakap nak buat part time berniaga, sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Dia cerita kat aku yang dia buat akaun untuk seorang member ni..dulu kerjanya sebagai pesuruhjaya sumpah tapi setelah lesen tamat tempoh terus tak renew dan kerjanya sekarang hanya menjadi seorang penjaja air di tepi jalan. Katanya sehari untung bersih dapat RM100.00 hanya sebagai penjual air di tepi jalan..Bayangkan!!!
kalau 20hari dah RM2000.00..
Ni baru story pasal penjual air jer...cerita yang ni lagi best...
Katanya kawan dia dapat income sebulan RM20k paling kurang. Dia cuma buat website sebagai agen mencari Jodoh dan dikenakan Caj sebanyak RM70 setahun sahaja..Pelanggan yang diperolehi semuanya daripada web, dan kuantiti pelanggan yang dia dapat paling kurang pun 10orang. RM70x10 orang sehari x 20hari..sebagai contoh...Hahh kiralah sendiri...tak kuasa aku nak kira kekayaan dia...tu cerita dia la...
Terus aku pun dapat ILHAM...mmm kalau kalau macamnila aku dah kena start berfikir apa yang orang-orang Malaysia perlukan...wah berkobar2 Omak ni....Korang plak camner...Bila lagi nak membasuh minda dan mencari peluang2 yang ada...

Okla...Bye..Wassalam..


CUP CAKE DECORATION

Salam,

Hari Sabtu Aku attend class cupcake and Deco..Memang best giler..
Ni lah hasilnya...



Thursday, February 27, 2014

BERMULALAH HARIKU.....BIZ BIZ BIZ

Aku nak meluahkan pada En. Hubby malu la plak...Tapi sesungguhnya Allah menjadikan setiap pasangan itu sepadan dan sesuai mcm aku ngan En. Hubby..perasaan.
Aku memang seorang yang sangat betuah mempunyai suami yang berperwatakkan seperti lagaknya seorang BAPA. mmmm mana taknya anak2 dilayan dengan sempurna. Tak seperti aku macam harimau...Aaauummmm..Pg2 lagi asik dok pot pet pot pet...mengerjakan anak n bapa..ops..suruh mandila..
Suami aku ni memang seorang yang sangat caring apatah lagi dengan anak2. Dialah yang menghantar anak kesekolah malah segala urusan persekolahan anak semua terserah padanya..AKU...mmmm biasakla jauhkan..maklumla dari Sg. Buloh Ke Subang Jaya kot..nak menempuh kesesakkan lalu lintas. MRT la, buat jalan la..mmmm ah payah.

Aku cerita pasal En. Hubby ni bukan apa sebab dalam dilema..Aku dah berbelas Tahun kerja..KUKUH,BEST dan benefit tak yah cerita, ok la juga. Jadi bila tiba masa kehidupan anak-anak yang memerlukan kasih dan sayang seorang ibu apatah lagi aku yang sentiasa sibuk membuatkan fikiran aku sentiasa berawangan sahaja...sebab memikirkan anak-anak. Dalam hati dah tiba masanya buat keputusan menjadi suri rumah...Tapi mampukan aku??? dah biasa kot pegang duit 4angka tiap-tiap bulan??? korang rasa macamana???AHhh Sadisnya hatiku ini...camne tuh....

Dipendekkan cerita, aku pun meluahkan isi hati pada En. Hubbyku...dengan esak tangis yang tak tahan tuh..poyo plak.

En. Hubby menasihatkan aku macam ni: Apa tujuan hendak berhenti???adakah kerana anak atau kerana kerjaya sekarang yang semakin berat?? Wow what a question!!..dengan tegas. So aku terangkan..apa2 pun semua kerana anak.itu tujuan yang pertama, yang keduanya bila dah makin besar aku nak melangut jer ker dok rumah tunggu diorang balik n yang best membesarkan apa yang patut..So En.Hubby advicekan aku attend any course untuk menambahkan ilmu....YEYYYY akhirnya aku dapat persetujuan EN.Hubby untuk resign dengan syarat semua ilmu dah diserap n diperaktikkan dari rumah dulu. Dalam tahun ni gak akan aku kejar semua kelas yang ada...apa yang aku nak buat adalah BIZ dari rumah...Hope sangat doa korang yer..