Merupakan pembekal barangan am berdaftar ssm dan pembekal tone excel prepaid

Friday, August 28, 2015

CEMBURU


Entah kenapala dengan Si Nurul Ain nih...langsung aku ni tak boleh dekat dengan Abah dia..Even dok kat sebelah pun tak boleh...bukan marah tapi dia cemburu.

Mungkin sejak melahirkan Ahmad tumpuan aku sepenuhnya telah berubah??
mmmm dulu memang selalu manjakan Ain sekarang dia nak bermanja dengan aku pun payah sebab baby asik nak netek je...

Takpela Ain dah besar nanti harap kakak Ain paham...mama sayang Ain banyak-banyak
Sengaja ku coretkan cerita ini agar suatu masa nanti Ain tahu kasih mama tak pernah berubah.
Mama tak rebut Abah ye sayang.......


#Moga Suatu hari nanti Ain Faham...
Mama Sangat Sayang pada anak girlgirl mama sorang ni.

Tuesday, August 25, 2015

AHMADKU

Entah kali ke- berapa aku pergi menyusukan babyku Ahmad Hafiz. Waktu rehat je aku ke rumah pengasuh susukan dia..maklumla kalau boleh memang nekad nak dia menyusu sehingga 2 tahun.
Perit gak untuk memastikan keperluan susu untuk dia tu cukup. Kalaula dok di rumah alangkah gumbiranya dapat membelai-belai sambil menyusukan baby..tapi ni pun dah syukur sangat2, sekurang-kurangnya masih susu badan dan masih dekat untuk aku menatap mukanya.

Tuesday, July 8, 2014

VIVIX AWET MUDA

Keistimewaan Vivix Shaklee atau Sirap Shaklee



Vivix merupakan satu penemuan revolusionari dalam anti penuaan pada tahap sellular oleh Shaklee.

Peruntukkan sebanyak USD300Juta telah dilaburkan untuk mengkaji bagi ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Telah terbukti bahawa Shaklee merupakan produk semulajadi yang selamat, berkesan dan hampir 100 tahun sejak Dr. Forest C. Shaklee memperkenalkan Viteralized Mineral pada tahun 1915 yang pertama di dunia. Dan dari situlah vitamin diperkenalkan. Ia kini lebih dikenali sebagai Vita Lea Iron Formula dan pengambilannya diamalkan oleh semua manusia termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Shaklee merupakan produk pilihan utama atlet-atlet bertaraf antarabangsa seperti Tiger Wood, Gary Hall Jr dll.

Maka tidak hairanlah Vivix mendapat sambutan penjualan melebihi 1 juta dalam tahun pertama dilancarkan pada tahun 2008.

Penyelidikkan oleh makmal Shaklee terhadap Vivix telah memberi impak kepada 4 mekanisme penting penuaan pada tahap sellular iaitu:

1) Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
2) Memberi kesan yang positif kepada pengawalan genetic
3) Melambatkan gen-gen penuaan 

Maka dengan ini Vivix sangat membantu dalam:

* Kesihatan Jantung
* Kesihatan Otak 
* Kesihatan Sistem Imun 
* Kesihatan anti oksida
* Peningkatan tenaga dalaman.


Sekiranya berminat sila PM Pn.Ila 012-3695224


Monday, May 19, 2014

ZAKAT

Arini ada seminar e-spg zakat...ala nak potongan gaji secara online. Banyak jugak ilmu yang aku dapat. terutama pasal asnaf ( penerima zakat )

Wednesday, May 14, 2014

Peluang Perniagaan Dari Rumah

Salam,

Saje nak share dengan korang semua.. Benda ni datang spontan jer...
Dalam kesibukkan kerja sempat gak tercetus idea..,
InsyaAllah aku akan listkan senarai kerja-kerja yang boleh dilakukan dirumah, cara, budget, dan kelengkapan yang serba ringkas untuk jalankan perniagaan.

PEKERJAAN DARI RUMAH-HOME BIZNESS

SATU CERITA YANG BERMAKNA

Ni Aku nak story sikit kat hangpa yang baca blog aku ni....
Hari ni aku ke Subang Parade..biasala lunch pekena fish n chip Manhattan sedap ooo lama tak makan...lebih lebih lagi bila orang belanja....Tq Bani...

Cerita punya cerita member aku ni dia buat akaun...senang nak cakap Akauntanla..
Dia cakap nak buat part time berniaga, sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Dia cerita kat aku yang dia buat akaun untuk seorang member ni..dulu kerjanya sebagai pesuruhjaya sumpah tapi setelah lesen tamat tempoh terus tak renew dan kerjanya sekarang hanya menjadi seorang penjaja air di tepi jalan. Katanya sehari untung bersih dapat RM100.00 hanya sebagai penjual air di tepi jalan..Bayangkan!!!
kalau 20hari dah RM2000.00..
Ni baru story pasal penjual air jer...cerita yang ni lagi best...
Katanya kawan dia dapat income sebulan RM20k paling kurang. Dia cuma buat website sebagai agen mencari Jodoh dan dikenakan Caj sebanyak RM70 setahun sahaja..Pelanggan yang diperolehi semuanya daripada web, dan kuantiti pelanggan yang dia dapat paling kurang pun 10orang. RM70x10 orang sehari x 20hari..sebagai contoh...Hahh kiralah sendiri...tak kuasa aku nak kira kekayaan dia...tu cerita dia la...
Terus aku pun dapat ILHAM...mmm kalau kalau macamnila aku dah kena start berfikir apa yang orang-orang Malaysia perlukan...wah berkobar2 Omak ni....Korang plak camner...Bila lagi nak membasuh minda dan mencari peluang2 yang ada...

Okla...Bye..Wassalam..


CUP CAKE DECORATION

Salam,

Hari Sabtu Aku attend class cupcake and Deco..Memang best giler..
Ni lah hasilnya...